Wednesday 26 August 2015

Picnic di Tepi Tasik Shah Alam

cerita ahad lepas...
memandangkan hari sabtunya mr.hubby kerja shift malam
pagi ahad baru sampai rumah
nak keluar pergi memana pun dah rasa malas
ialah faham mr.huuby yang penat dan perlukan cukup rehat

anak-anak laks sibuk ajak berjalan
faham jea budak skang nie kan
hari cuti jea mesti taknak duduk di rumah
mesti nak ajak keluar
alahai anak-anak
hujung-hujung bulan belum gaji nie
kita lepak di rumah jea la yea

umairah dan umar angguk macam faham
tapi dalam hati rasa kesian jugak
alahaiiiiii

dalam pukul 3 lebih mr.hubby dah bangun dari tidor
nak solat zohor
terus buka mulut tanya mr.hubby
petang nanti kita lepak mana-mana padang nak
bagi anak-anak happy skit..lepas bebas
memula nak pergi ke padang setia city mall
sebab situ macam meriah skit kan...

sebab nak berpicnic
terus jea lah ena siap-siap di dapur
buat menu simple untuk kami makan
menu simple tu just sandwish tuna dan lempeng cicah dengan sambal ikan bilis
bawak air teh dan kerepek pisang skit hehehehhe

mr.hubby laks sibuk buat sabun untuk main giant burble
buat sendiri jea air sabunnya
kata nak jimatkan ;p

kami keluar dari rumah lepas solat asar
lebih kurang pukul 5pm
rasa macam akan sampai lewat laks kalau pergi ke setia city mall
jadi kami terus ke tasik shah alam
dekat skit
berpusing-pusing jugak kami nak cari parking
ramai jugak orang beriadah di sini...

kami lepak betul-betul depan tasik
layan anak-anak main burble
penat bermain
kami isi perut dengan bekal yang ena dan mr.hubby masak

menu ringkas yang kami bawak untuk kami makan di tepi tasik
masak bersama dengan mr.hubby
nak kejar masa punya pasal
kena lah team work bersama 
yeaaa dakkkk
kalau tak memang lambat lah kami keluar dari rumah

sabun burble yang mr.hubby buat sendiri
jimat tak perlu nak beli hehehhehe
kata jalan-jalan jimat di hujung bulan
hahahahahha
semuanya kena berjimat lah jugak


1st cuba
mestilah babah dulu
nak test berjaya ataupun tidak
wahhhhh suka mr.hubby bila percubaan pertama buat sabun burble berjaya


ajar umar macam mana nak buat
yang tangkai untuk burble pun DIY sendiri
hanger baju dan tali kasut
patahkan hanger baju gunakan yang lurus punya
tali kasut ikat pada batang hanger
dah boleh digunakan


DIY batang burble dan DIY sabun burble
oklah buat
super duper jimat sudah

hah berjaya keluarkan burble dari tali kasut yang kami buat
wahhhhhh teruja gitu

adik beradik
tenang tengok gambar nie
leka tengok ikan yang timbul untuk makan
orang lain bagi ikan makan guna roti
tapi anak-anak kami bagi ikan makan lempeng
hehehehe sebab tu jea yang kami bawak


ena dan mr.hubby
selera makan di tepi tasik =)


umairah dan umar pun banyak makan
duduk tepi tasik
bertambah-tambah jugak makannya
suka tengok


sebelum balik
kami habiskan dahulu buih sabun yang tinggal sedikit
sayang laks nak terus buang
membazir tak baikkan...

ada yang nak tahu cara buat buh sabun
nanti ena up kat 1 entry jea yea
mudah nanti nak rujuk semula =)







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi