Tuesday 15 December 2015

Dating Berdua

Selamat pagi
Masuk ofis awal laks hari nie...
Dapatlah update blog kejap..
Kalau tunggu kejap2 lg memang tak berupdatelah...bersawang jea blog nie...

Sunyi sangat bila anak2 takder di rumah
Malam tadi umairah dan umar ikut pak ngahnya tidor di rumah dorang
Jadi bila anak2 takder nie
Geng untuk gaduh tu takder
Biasanya pagi2 sebelum pergi kerja
Bz jea kena buat mcm2 utk umirah dan umar...mulut pun tak benti berceloteh hehehee

Malam tadi lepas anak2 follow pak ngahnya
Ena dan mr.hubby kononya ke bandar baru
Misi nk beli tikar getah..
Tapi bila sampai smua kedai dah tutup
Padahal baru jea pukul 9.30pm
Emmmmm terus ajak mr.hubby makan..
Dinner di jejantas sg.buloh...
Lepak jea di Burger King
Lama sudah rasanya kami tak keluar berdua....spend masa berdua ;)
Sambil2 makan sambik berborak...

Lepas tu ingat nak terus balik
Mr.hubby ajak singgah ke kedai aksesori ustaz di kota damansara
Suka datang ke kedai nie untuk beli aksesori handphone...
Sebab memang murah gila..
Biasanya beli casing handphone dalam rm25..
Kat kedai ustaz baru rm6..
Murah sangat2 kan..
Kenalah berjimat..tak gitu :)

Petang nie baru akan ambik anak2 dari rumah pak ngahnya..
Tak sabar nak jumpa umairah dan umar..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 14 December 2015

Dinner di Ayem Burger Paya Jaras

cerita sabtu lepas
selepas kepenatan seharian meronda di setiacity mall
perjalanan balik ajak mr.hubby singgah makan di ayem burger
retaurant nie tepi jalan jea
harga sangat berpatutan
ok la..rasa pun memang sedap

masa kami sampai di restaurant nie
hujan memang turun dengan lebat
jadi memang cepat jea perut tu rasa lapar =)
tekak nak makan western laks hehehehe

nie ena order
shoulder lamb rm22

nie mr.hubby order
grill lamb rm22.00

umairah macam biasa
mesti nak soup punya
mushroom soup dan bread rm7.00
umar laks order chicken wing rm7.00
ok kan harganya


umairah dan umar
umar tetiba merengek takdern chicken wing
tapi nak menu ibu dan babahnya
jadi kami berkongsi makan dengan umar
takperlah...
tapi satu hal
ena kena hisap dulu daging tu barulah umar akan makan daging tu
umar taknak rasa blackpepper pada daging tu
hahahahahha
masa kecik nie boleh la makan dari mulut ibu dia
tunggu dah besar nanti mesti uwekkkkkk
kihkihkih

umairah kalau dapat soup
memang tak pandang kiri kanan sudah
kesukaan betul

mr.hubby
kesukaan ena jugak hehehehhee


mestilah ena pun nak enterframe jugak
ginilah bila diri jadi amatur photographer 
gambar sendiri memang susah nak ado

 di luar restaurant ada motor besar
bila datang sini
mesti anak-anak nak bergambar sekejap di motorbike nie
kita layankan jea =)

ibu...bila babah nak beli motor besar...umar
ooooo tunggu bila babah dah ada lesen motor baru ibu akan belikan motor besar utk babah...

hehehehehehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Jalan-Jalan di Setia City Mall

memandangkan anak-anak sudah habis kelas kafa dan fadhu ain semalam
jadi hari nie kami bawak anak-anak berjalan ke luar
bagi anak-anak merasa aktiviti di luar laks
sebab kami keluar dari rumah dah petang selepas zohor
kami decide pergi ke setia city mall jea
nie kali ke dua kot ena pergi ke sini
suka ke sini sebab banyak aktiviti di padangnya
macam-macam aktiviti boleh di buat...
setuju tak dengan ena =)

tapi ada jugak orang buat outdoor photoshoot bagi pengantin baru
sebab pemandangan di sini pun cantik....
ena dan anak-anak
agak-anak anak-anak ena ikut tak muka ena
eaa rasa dua-dua ikut muka babahnya
betul ker?

sampai di sini
kami lebih cuci mata jea
tak membeli sangat pun
sebab tak tahu nak beli apa
lebih layankkan anak-anak jea
masuk ke fos..belilah barang
masuk ke kaison..beli jugak barang
mana ntah cakap cuci mata jea
hahahahahhaa

belek-belek bunga kecik nie
suka laks
teruslah beli
comeiiiii

siap beli karpet bulu sekali
hahahahah
yang tu adalah projek dia
nak mendeco skit kat rumah

posing skit depan kaison
emmmmm gambar yang mr.hubby ambik gegar
suka tau bila gambar wife dia jea mesti gegar
sakit hati tau

dan kebetulan masa kami di sini
outlet lego baru dirasmikan
jadi ada diskaun diberikan sesaper membeli
memula memang nak belikan untuk anak-anak
tapi dah masing-masing nak yang harga lebih dari seratus
emmm takpayah lah
jom kita keluar jea

umairah nak yang nie
rasanya harga dia rm139.00 kot


umar bila kita nak belikan yang dia tunjukkan tu
buat muka muncung
hahhhh terus tak payah beli
angin kus kus mak dia dh sampai
dari nak belikan terus cancel

masa di luar tu
terpandang orang Q panjang sangat
tanyalah ada apa tu
krew di lego bgtahu
dapat free lego jika dapat siapkan apa-apa sampel lego diberikam
hahhhh apa lagi kami pun masuk jea lah Q
barang free saper taknak kan

panjangkan Q dia
tapi sanggup
sebab Q dia takderlah kena menunggu lama sangat
ok lah


masa di kaunter
kena pilih nak lego yang mana satu

umar pilih starship
umairah pilih katak

masing-masing kena siapkan
dah siap baru boleh bawak balik
umairah pandai boleh buat sendiri
umar memang kena tolong siapkan


yeayyyy siap jugak starship umar punya
dah siap kita snap gambar sekejap

umairah memang bijak
sekejap jea dapat siapkan

anak-anak dengan babahnya
umar still tak puas hati
sebab tak dapat beli lego
no no no kena dengar cakap ibu baru ibu boleh belikan


dalam merengek-merengek tu
mr.hubby ternampak ada stall jual ice cream
bila belikan terus mood umar ok
hahahahhaha oantang nampak ice cream anak-anak ena nie
terus jadi cool =)

umairah dengan icre cream batangnya

umar pilih perisa choc
sedap jugak rasanya

ok ibu pun nak bergambar jugak
ibu ambik ice cream pasu
hehehehehe

dah puas berjalan dalam 
kita berjalan di luar laks
senaman kaki kita hari tu

lepak tepi kolam
bagi ikan makan
anak-anak main giant burble
emmmm duit mengalir macam air duduk di luar nie
sabor jealah

pastu request laks nak main motorbike
ok lepas main kita balik

umar naik motorbike roda tiga


umairah naik yang nie
ntah tak tahu nama dia apa

umairah....
puas main jom kita balik
macam-macam ada di luar nie
roller blade..skuter..basikal..
pilih jea nak naik yang mana satu
asalkan ada duit semua boleh =)

ok kami balik dulu
kaki dan kejang berjalan satu taman...
aktiviti hujung minggu kami =)





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selangor Cuti

Tahniah pasukan selangor sebab menang piala malaysia pada hari sabtu yang lepas
Dan tahniah jugak pada kedah..dapat masuk ke final
Cuba lagi tahun depan...mana tahu menang laks :)

Patutnya hari nie cuti
Menteri besar dan sultan selangor pun dah umumkan hari nie cuti sempena pasukan bola selangoe menang
Tapi tulah kena jugak kerja hari nie
Biasalah bila kerja di syarikat kecik dan syarikat cina nie kan..ikut suka hati jea
Opssss buka smua company cina la....

Jadi hari nie kerjalah macam biasa huhuhu
Tak best betul..
Adik2 dan mr.hubby cuti jea hari nie
Tak best betul....

Selamat bekerja semuanya ;)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Last Day Kelas Kafa dan Fardhu Ain

jumaat lepas last day kelas kafa dan fardhu ain
yang umairah dan umar ikuti
syukur sangat anak-anak dapat ikuti kelas nie
memang banyak perubahan yang anak-anak dapat
dari segi bacaan dalam solat dan kenal huruf jawi
Alhamdulillah

untuk kelas last nie
para ustazah hanya anjurkan majlis makan-makan dan buat games sedikit
hiburan dan bagi keseronokkan pada kanak-kanak
suka dengar bila time malam
umairah dan umar akan ceritakan apa yang mereka belajar di dalam kelas
dengan ibu dia sekali belajar untuk remind semula huruf jawi

terima kasih kepada semua ustazah
yang meluangkan masa mengajar anak-anak kami
di waktu cuti sekolah nie
hanya Allah dapat membalas segala jasa para ustazah

umairah dan umar di hadapan sekolah agama

umairah dengan sijilnya
cuba teka umairah yang mana satu =)

umar dengan sijilnya jugak
dan cuba teka umar yang mana satu ;)


ilmu solat

ilmu solat

main games

umar main games...

suka anak-anak hadir ke kelas nie
kan bagus kelas sehingga nak buka sekolah...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 11 December 2015

Layan Movie The Good Dinasour

memangdangkan hari nie cuti sempena birthday sultan selangor
malam tadi bawak anak-anak ke jusco rawang
layan movie the good dinasour
waktu last yang ada pukul 1030pm
tanya umairah..ok ker 
nanti tertidor laks dalam panggung
umairah cakap ok..jadi kami terus jealah beli tiket

sebelum masa tayangan
kami makan-makan dulu dan lepak sekejap di tempat main games
hehehehhee
sekali sekala takper kan =)

siapa dah tengok movie nie??
ena dan anak-anak =)
suka budak berdua nie bila kami bawak tengok movie

one happy family

datang ke jusco kalau tak perkena ice cream rm1 nie
memang tak sah
sedap betul la ice cream dia
murah laks tu

umairah
bergambar bagi pada dia =)

ok jom layan games dulu
habiskan masa di sini
kedai yang lain semua dah tutup




kami menunggu di ruang menunggu
umar tanya
kita tengok movie kat sini ker bu....umar
haah tengok kat sini jealah..ena
alaaaa tak best la bu, tak gelap pun..umar
hehehehhehehhee
tu yang umar duduk kat bawah tu sebab rasa tak puas hati tengok movie kat situ
hahahahahhaha kena tipu dengan ibu jea ;p

naik eskalator pun nak bergambar jugak tu
hahahahhaha layan

ingatkan tak ramai
tapi ramai jugak parents yang bawak anak-anak layan movoe nie pada waktu nie
umar sekejap jea layan pastu dah tidor
mr.hubby letak umar di seat couple
bagi selesa pada umar nak tidor...

ena suka lah dengan movie nie
bagus untuk anak-anak
hargai kawan dan keluarga
=)
10 bintang ena bagi



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi