Monday 14 July 2014

Mengatasi Masalah Senggugut Dengan Vitamin Shaklee

Senggugut?PMS? Anda sering menghadapinya setiap kali datang bulan? Saya percaya ramai yang menghadapi masalah senggugut ini...dan seringkali orang mengatakan masalah ini akan hilang dengan sendirinya apabila anda berkahwin atau mempunyai anak. Namun persoalannya jika anda baru berumur 17 tahun dah alami masalah senggugut berapa tahun lagi untuk tunggu kawin?atau bila dah kawin senggugut masih lagi belum hilang...adakah anda sanggup untuk menanggungnya? Memang betul setiap kesakitan yang kita alami adalah ujian dr ALLAH taala..namun ALLAH taala tidak suka hambanya yang hanya berserah tanpa buat apa2 usaha.

Punca sebenar mengapa sesetengah wanita mengalami masalah senggugut berbanding dengan yang lain tidaklah diketahui dengan jelas sebab musababnya. Namun begitu, ada juga yang mengaitkannya dengan penghasilan hormon prostalgaldin yang berlebihan sehingga menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih cepat.


Apakah Senggugut?

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit.

RAMAI wanita mengalami senggugut. Senggugut atau dismenorea ialah sakit semasa haid. Sakit ini disebabkan oleh otot dalam rahim yang sedang mengecut kerana adanya prostaglandin, sejenis hormon di dalam lapisan dalam rahim. Semasa haid, lapisan dalaman rahimlah yang akan gugur menjadi darah haid, dan prostaglandin ini dikeluarkan ketika itu.


Antara kesan Senggugugut :

Tekanan, mudahmarah, naik angin (mosimage), mudah penat, sakit pada sendi, belakang, tidak berminat dgn seks, sakit pada payudara, kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan rambut), sukar tidur, naik berat badan, sembelit, selera makan berubah, sukar beri tumpuan.

Berikut beberapa tips untuk atasi masalah senggugut :

1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yang bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
6. Makanlah makanan yg berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.

Oleh sebab itu, Shaklee juga mempunyai beberapa vitamin yang sesuai atau dapat membantu anda untuk megatasi masalah senggugut ini.




Set Untuk Mengatasi Masalah Senggugut dan PMS.

3 Supplement yang dicadangkan :

1. B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

2 comments:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi