Monday 30 June 2014

Persedian Ramadhan Dengan Shaklee

Untuk mereka yang tercari-cari apakah supplemen yang sesuai diamalkan sepanjang bulan ramadhan nanti, saya cadangkan SET MIGHT 3 GEMS. Set ini adalah satu program kesihatan Shaklee khas untuk mereka yang ingin kekal cergas di bulan ramadhan.


--ESP..PD..Mealshakes--



Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla), Mealshake (perasa French Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

1.ESP : memberi kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan beri kita tenaga yang sustain ; bukannya memberi kita tenaga apabila minum tetapi memberi kita tenaga yang berterusan apabila mengamalkannya.

2.Mealshake : terdiri daripada protein dan juga complete dengan sumber vitamin dan mineral. rasa apa? rasa vanilla, memang sedaplah dan tak muak.

3.Performance Drink: sejenis minum mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu, ia membantu kita berpuasa sambil menyusukan anak.

Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Good Bye Anna

last day my boss kerja hari nie
sedih sangat
ialah sudah bekerja hampir 4 tahun dengan my boss
sangat baik orangnya walaupun dia adalah cina
tapi layan kami macam kami nie anak-anaknya
banyak sangat ilmu yang diberikan dan di ajar...

so sad :(

--finance team--

--ena with anna-
nampak kecik jea kan

--with eikin--

--with ain--

--with sabri--
may be sabri akan replace tempat anna kot
will see

--with hafiza--
fiza nie gaya sentiasa comel

--with me again--
selfie 

--gift dari finance team--
anna memang suka perfume
elok sangat lah kami bagi perfume
bau wangi jea ingat kami

whatever
anna...good luck dengan study you yea
jadi housewife sepenuh masa...
will miss you ;(


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 27 June 2014

Musim Durian

malam tadi cod set Jagaan Tumit Kaki kepada pelanggan di Saujana Utama
lega sebab nie adalah repeat order dr Pn.Aina
best Pn.Aina bagitahu sebab tumit kakinya makin pulih dari merekah
pastu paling best tapak kaki macam kemerahan gitu...
Alhamdulillah

perjalanan balik nampak durian
wahhh peluang baik nie
terus ajak mr.hubby beli durian
kononnya nak beli dalam beberapa bijik jea
tapi bila taukey durian offer
1 bakul RM50.00
hah apa lg terus lah mr.hubby beli sebakul terus
lagi untung dari beli 4 bijik RM10.00
hehehehehe

bila masukkan ke dalam plastik
dapat dalam 5 bungkus plastik
punyalah banyak
perghhhh malam nie kalau makan banyak tu
confirm tidor dalam bilik air hahahahaaa
tapi ok la duriannya
puas hati
tak banyak busuk
isi pun kuning jea
berbaloi beli 1 bakul =)

--taukey durian tengah pujuk mr.hubby beli durian 1 bakul--
terus termakan pujuk
amik ko beli 1 bakul terus

--banyakkan 1 bakul nie--
siap bg lagi percuma tu beberapa bijik lagi

--5 beg plastik yang berjaya sumbat belakang bonet kereta--
puas hati gitu

--hah marvelous punya isi durian--
kuning dan sedap sangat
puas hati

beli banyak
mak siap sedekah lagi pada budak-budak yang datang main di rumah
pastu siap mak bagi 2 bijik pada jiran sebelah rumah
heheheheee macam baru balik dari dusun durian jea =)
rezeki baik di kongsi bersama
betul tak =)

pada yang duduk di sungai buloh
boleh la datang ke sini untuk memborong durian
sebelah lorong ciku kuang..sebelah ada whorkshop cat kereta
tepi jalan jea taukey nie jual durian
senang sangat nak jumpa..
kalau sesat call jea ena yea =)


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 26 June 2014

Anak Sihat dan Cergas dengan Vitamin Shaklee

cerita tentang anak-anak
memang ena suka
ragam dan telatah mereka mmg buat ena happy
umairah peelnya lain
 si adik peelnya lain

malam tadi umar habis di chopnya satu badan dengan shop shaklee
kesabaran betul dibuatnya
pastu pakai spender jea
skang nie umar memang suka pandai spender jea dalam rumah
jawapan kenapa taknak pakai baju
panas lah bu...

Alhamdulillah umar lately nie memang jarang kena demam dan batuk
selsema pun dah jarang kena
sejak ena berikan anak-anak ambil set kanak-kanak shaklee sejak tahun lepas
bulan Nov 2013 rasanya
memang jarang sudah pergi klinik untuk bawak anak-anak jumpa doctor
sebelum nie setiap bulan confirm akan kena pergi klinik sebab demam lah..batuklah..selsema lah..
umar kalau kena selsema ena memang risau sebab umar ada tanda-tanda awal boleh diserang asma

dah skang nie kesihatan umairah dan umar memang terbaik
kalau kena demam
pasti akan cepat sembuhnya takderlah ambil masa sehingga 3 ke 4 hari untuk baik
anak sihat kita sebagai mak bapak pasti gembira
betul tak?




--telatah umar malam tadi--
ibu tengok adik kuat tau sambil buat gaya macam ahli bina badan
hahahahaha sesuai sangat la tu dengan spender sekeping =)

jika sahabat nak jugak berikan set kanak-kanak nie
bolehlah hubungi ena untuk keterangan lebih lanjut =)




Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...



Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:


Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.
Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....

1.Meal Shakes

*Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
*Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
*Rendak lemak dan rendah glisemik
*Sumber protein dan kalsium
*Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
*sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
2.OmegaGuard

*Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
*Meningkatkan sistem imunisasi
*Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
*Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

3.Chewable Vita-C @ 100mg

*Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
*Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
*Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
*Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
*Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 25 June 2014

Suka Bila Dapat Goodies Beg

ambil umairah dan umar di nursery petang semalam
dari beranda lagi masing-masing dah tunjuk beg plastik
amboiiii suka la tu dapat hadiah

umar : ibu adik dapat hadiah dari iman
umairah : ibu tengok nie ada bunyi

emmmmm dengar budak berdua nie bagi repot memang sampai ke rumah tak abisnya
tapi layankan jea
suka dengar hehehehe
suka dengar apa yang anak-anak buat di nursery
macam-macam cerita
umar masih sangkut-sangkut untuk bercerita
umairah macam mulut murai..non stop bercerita
dalam kereta memang huru hara dibuatnya
tak tahu mana nak dengar cerita dahulu
hehehehhee





--muka anak-anak happy--
di nursery nie saper punya birthday memang akan dapat goodies beg
bulan oct dan nov nie siap sedia untuk buat goodies beg
nak bagi kawan-kawan umairah dan umar sempena birthday mereka
emmmmm apalah nak bagi nanti kan =)


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 24 June 2014

Panjant Pokok alahai Umairah

nie lah aktiviti umairah dan umar
waktu petang lepas mengaji
nie lag pot umairah dan umar melepak
bukan duduk atas kerusi
tapi lepak atas pokok

tapikan perangai umairah nie memang sebijik perangai ena masa kecik dulu
tomboi skit perangai macam lelaki hehehehe
ialah masa tu manalah ada ramai budak perempuan
rata-rata kawan ena adalah budak lelaki tu yang perangai macam lelaki skit tu

skang nie tengok perangai umairah
teringat ena masa kecik-kecik dulu
hahahahaha
--umairah dan umar--
pokok mata kucing nie laks memang rendang
batang pokoknya pun besar
tapi kalau setakat duduk jea
ena takder la risau sangat
nie dia buat aktiviti sampingan laks
tu yang ena geram tu

--bergayut atas pokok--
hah mana lah kita nie tak geram
umar takut skit
dia just duduk dediam jea atas batang pokok tu
umairah yang berani lebih skit
hishhhh

--dua beradik yang berbeza perangai--

--sofea dah besar nanti jangan ikut perangai kakak umairah tau--
jd gegirls tau

anak korang macam mana
sopan santun tak


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 23 June 2014

Farewell Party untuk Anna

lunch tadi kami dept finance
buat farewell party untuk Anna ~ Our boss
sedih tau
last day Anna bekerja adalah 30hb
pas nie Anna ambil cuti seminggu sebab nak bercuti ke Hong Kong
jadi dapat jumpa Anna semula pada 30hb
nak makan-makan masa tu dah puasa
jadi nie lah last day dapat makan-makan dengan Anna

best semuanya ada
makan di secret recipe
still boleh gelak-gelak dan gurau-gurau lagi
may be sebab anna still ada di depan mata kami lagi kot

--we are here--

--sambil borak mata duk menjeling kek di tepi kami--
hehehehe tak tahan punya pasal order jgk slice kek

--we are one--

--aksi comel la tu--

--ena..eikin..abg zul--

--sabri..anna.ain--


--our drinks--

--my choice and ain--
kentang dia keras huhuhuhu

--eikin choice--

--sabri choice--

--anna choice--
on diet makan salad jea

bekerja dengan Anna sepanjang 4 tahun memang best
ena rasa anna adalah bos chinese yang paling supporting masa bekerja
supporting bukan bermaksud kita sebagai staff boleh pijak kepala dia
no no no
maknanya anna jenis tolerate dan blh discuss apa-apa isu
yg berkaitan kerja
dan boleh bercerita apa-apa pun
sayangnya lepas nie tak dapat jumpa Anna lagi

whatever good luck anna 
we will miss you


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 20 June 2014

7 Tips untuk Atasi Tumit Kering dan Merekah



Penampilan tampak tidak kena ataupun tidak sesuai andai tumit kaki kelihatan kering ataupun merekah. Bagi wanita walaupun hanya di rumah sahaja namun ia pasti menganggu penampilan kan. Nak-nak di depan suami. Dan lelaki juga tidak terkecuali.

Banyak faktor yang mempengaruhi kulit tumit kering ataupun merekah. Antaranya kerap pijak lantai simen, faktor tubuh badan, kaki sentiasa dalam keadaan lembap, ataupun pemilihan kasut tidak memberi keselesaan pada kaki.

Jom kita cuba tip-tip untuk tumit kaki kering dan merekah:
1. Jika kasut terlalu besar ataupun longgar dengan tapak kaki akan menyebabkan
geseran. Geseran ini akan membentuk garis halus yang kering di permukaan
tumit. Pastikan saiz kasut betul-betul muat pada kaki dan jari kaki tidak
bergoyang bila berjalan memakai kasut.
2. Selalu amalkan setiap hari membasuh kaki dengan air suam bersabun.
Jangan amalkan menggunakan air panas keran akan menyebabkan peredaran
darah pada kaki akan terjejas.
3. Cuci di kawasan tumit kaki dan biarkan mengelupas dan gosok kan ia.
Ia bertujuan untuk buang segala sel-se mati.
4. Sentiasa keringkan di antara jari kaki. Kerana jari kaki mudah bakteria
tumbuh di kawasan lembap dan terturup.
5. Melembapkan tumit kaki dengan losyen yang khas untuk tumit kaki yang
merekah dan kering. Amalkan memakai stoking jenis kain kapas.
6. Amalkan petua ini iaitu larutkan 1/4 cawan cuka putih dan air suam. Air yang
digunakan hingga menampung kaki sehingga buku lali. Asid asetik dalam cuka
ringan melembutkan kulit kering menyebabkan mengelupas . Selepas itu
dikeringkan dengan sempurna.
7. Selain itu, ada petua menggunakan minyak zaitun yang disapukan pada
pemukaan kulit tapak kaki. Minyak zaitun di campurkan dengan lemon ataupun
cuka untuk disapukan pada kulit tersebut. Madu juga boleh digunakan kerana
ia adalah pelembap semulajadi yang tinggi bagi melembapkan kulit. Tetapi perlu
konsisten untuk dapatka hasil yang cepat.

Jikalau malas nak amalkan tip-tip dia atas, anda boleh amalkan vitamin Shaklee iaitu :

 

1.ESP Shaklee

• Mencegah Kulit tumit daripada merekah dan pecah
• Sumber protein yang kaya dan berkualiti mengantikan sel yang mati dengan sel yg baru.
• Men-seimbangkan kestabilan horman
• Membantu menurunkan berat badan
• Strukturnya yang kenyang membekalkan kecergasan berjam-jam lamannya


2.Herbal Blend...
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


3.Vitamin E

Vitamin E bertindak untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Apabila sel-sel kulit dah diganti, ini akan menyebabkan kulit di bahagian luaran akan tampak sihat.


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 19 June 2014

Sukanya Ikan Bila diberikan Roti

lepas pusing-pusing tasik naik boat dua alam
ingat nak terus balik jea
tapi umar request laks nak bagi fish makan
umar cakap..adik tak bagi lagi fish makan..atas bot tadi adik sakit kepala
hahahahhaa dengar umar cakap sakit kepala yang tak menahan tu =)

ok ibu dan babah tunaikan permintaan umar
kami lepak sekejap tepi tasik untuk beri peluang umairah dan umar beri fish makan
mr.hubby beli roti dan perhatikan anak-anak berikan ikan makan
tengok ikan keli yang makan..gerun laks ena tengok
besar gila
nie kalau budak kecik terjatuh confirm kena makan
hehehehee yea lah tu ;p

--umairah cakap kesian ikan nie bu--
mati kena petir
hahahahahaha lawak jea
keras ikan nie bu...naper tak goreng jea bu
hah apa nak di jawab soalan si kakak nie
ada jea soalan dia yang buat ibu dan babah pening kepala nak menjawab

--seriau jea ena tengok bila umairah nak panjat besi palang nie--
takut terjatuh jea nanti
ialah kan..baik berjaga-jaga jatuh nanti apa pun tak boleh

--puas bagi ikan makan--
masing-masing haus
habis air nie dorang sedut
tak tinggal skit pun untuk ibu
huhuhuhu
ice lemon tea

--nak bergambar berempat susah skang nie--
nak kuarkan monopod macam segan jea hahahahaha
boleh dah beli tapi taknak gunakan
hampagas betul

--gambar yang umairah snap kan--
umar bad mood
dah penat sangat lah tu...

--besar kan ikan keli nie--
tak tahu lah berat sekor ikan nie kalau timbang

--sebelum balik--
tengok lagi ikan

--ok bye bye ikan--
kami balik dulu
esok kami datang lagi
amboiu amboi amboi ingat dekat nak datang ke sini kakak oiii
nie pun kebetulan jea kita sampai ke sini
kalau tidak jangan harap la boleh datang ke sini 
heheheheheee

ok best jugak datang ke mines nie
next time in sya Allah akan datang lagi
nanti nak bawak mak datang ke sini =)



Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 18 June 2014

WaWa Splash Tour di The Mines

lepas makan di Texas Chicken
jalan-jalan sekejap dalam mines
memang banyak gila perubahannya
perghhhh memang lainlah tempat dating ena nie hahahahaa
tengah jalan-jalan tu..umairah nampak ada bot lalu
beriya-iya nak naik
umar pun naik sebulu jugak nak naik
jadi dah alang-alang datang ke sini..tak kesah la kan
pergi ke kaunter tanya baper harga untuk naik boat nie...

PriceWaWa Splash
- Departure @ Mines Square (lead by WaWa Tour Guide) 
- Splash to North Lake, 
- Drop‐off @ Mines Square
- ±30 minutes per trip

MYR 28/Adult 
MYR 20/Child

dari tempat menunggu kena berjalan skit ke tempat bas yg kami akan naik
nie versi bas dua alam..katak gitu
sebab boleh berjalan di darat dan di air
teringat laks Running Man pasal bas nie..
Jong Kok kena naik bas nie untuk ambil gambar singa duduk atas batu hehehehe
korang layan Running Man tak?
ena dan mr.hubby memang layan Running Man nie..terbaik =)

--sebelum naik bas/bot kita berposing dahulu--


--with my kids--
super duper aktif tak larat nak melayan peel memasing nie

--emmm bergoyang laks gambar nie--
umairah kidal gegar gambar dibuatnya

--hah nielah bas dua alam tu--
menarik tak =)

--sebelum naik bergambar dulu dengan bas nie--
umairah tak sabar dah nak naik

--bila tengok gambar nie yang paling xcited nampak macam mr.hubby--
betul tak =)

--eh eh eh asal dalam gambar nie nampak ena macam chubby laks--
huhuhuhu tak suka
nie pun gambar pemandu pelancong yang tolong snap kan
nak minta ambil lebih-lebih karang
kena makan penampar jugak ena nanti hahahaha

--kami di bawak pusing keliling tasik--
kebetulan nampak biawak
umairah teruja tengok
tapi umar dah duduk diam-diam jea taknak bergerak

Byk info tentang Tasik & Building di sekitar kawsan mines yg kami dapat antaranyer ialah:-

* Kedalaman Tasik Mines adalah sedalam 200mtr BESAMAAN Separuh Ketinggian KLCC... Pehhh dalam gilerrr kan... nampak mcm tak dalam jer...Dont Play2 ok! kalau tak reti berenang jgn suka suki main kat tasik nie...hehehe

* Dr tengah tasik kita boleh melihat rumah Tun Dr Mahathir & Anak nyer Marina Mahathir y berada di dalam kawasan Mines Golf Club

* Yuran Tahunan untuk menjadi Ahli Mines Golf Club adalah sebanyak RM 1.5 Juta. (gilerrrrrr kaya saper yg jd member kat club goft mines nie... baik bagi pinjam duit tue kat saya... leh buat modal bukak Bisness....) ngeeehhhhh

* suatu ketika dahulu Ada beberapa org penduduk,kaki pancing & Pekerja yg memberi tahu pernah berjumpa dengan seekor di dalam Tasik itu... tp sehingga kini ianya masih belum dapat dibuktikan...


* Ada seorg warga negara dr Britain yg datang untuk menyelam ke dalam Tasik tersebut telah berjaya mengambil gambar beberapa Imej "ANEH" sewaktu berada didalam tasik itu. Niat beliau untuk sampai ke kedalaman yg paling bawah tidak kesampaian kerana Tekanan air yg sangat tinggi & keadaan yg sgt Gelap di di dalam tasik tersebut. just dpt menyelam separuh jer.

* beberapa tahun lepas.... ade beberapa org saksi yg menjumpai seekor ikan sepanjang 8 meter (panjang jugak..kita yg manusia nie pun baru 1.6meter jer ) berenang di sekitar tasik tue..... Pehhh takutnyer lah kalau ikan tue telan org....

*Asalnyer tasik nie adalah Sebuah lombong kosong...(lombong tak berair)... masa dulu dorang korek lombong nie untuk keluarkan pasir. pas tue bila dah lama2 ... lombong nie jadi sgt2 dalam... sampaikan 1 masa.... tgh dorang dok buat kerja2 menggorek pasir... "Terpancut" (Eeee mcm Lucah jer perkataan nie) lah air mata air dr bwah tanah. sehingga menyebabkan pekerja2 yg ada masa tue tak dapat nak selamatkan diri cuma ada beberapa org pekerja yg kebetulan ada kat bahagian atas lombng shj yg terselama... termasuklah semua jentera, lori, kapal korek & apa sahaja alat yg digunakan untuk menggorek lombong tue "Tenggelam" kat dalam lombong tue sehingga hari nie benda2 tue ada katdasar tasik. Paras air semakin hari semakin naik sehingga memenuhi seluruh Lombong sehingga usaha untuk mengeluarkan kalapl Korek dan jentera kat dalam Tasik tue tak dapat nk diteruskan. sele[as berpuluh2 tahun terbiar, lombong nie telah dibangunkan dan dijadikan sebuah tasik.

* Harga sebuah Wawa Spalsh nie berjumlah RM 2 Juta (makk aiiii....bak kata hubby leh dapat 2 bijik Farreri )... nampak cm bodoh jer benda nie.... klu 20 ribu leh gak beli buat bizness kat lombong buaya puchong....heehehe

Kalau nak tahu byk lagik cerita2 menarik.... boleh lah try naik Wawa splash nie... sgt berbaloi2....
kredit 


--kemudian pilot bot berhentikan bot di tepi tasik--
beri peluang kepada penumpang bot untuk beri makanan kepada ikan
umar yang dah rasa cuak..balik sekeping roti dari tempat duduk dia
umairah jea yang xcited berdiri dan baling roti kepada ikan
ikan-ikan yang timbul memang bapak besar
perghhhh gerun tengok

--tengoklah umairah yang super duper happy--
si umar duduk diam-diam jea di seat dia

--besar gila kan ikan keli nie--
kalau tangkap nie confirm tak lalu nak makan kot


--umar dah mula nak nangis sebab nak balik--
alahai memula kami ingat umar takut naik bot jea
tapi bila turun dari boat jea
terus umar nak muntah
alahai rupanya umar mabuk naik bot
kesian anak ibu

--terus kena dukung dengan babahnya--
ibu nak dukung umar memang tak larat lah adik dah berat
baru kini kami tahu umar mabuk naik bot
lepas nie takder lagi istilah nak naik bot yea...

korang yang ada anak tu
jangan lepaskan peluang untuk naik wawa splash tour nie tau
tak rugi pun naik
memang best...
bawak anak-anak masa cuti sekolah lagi best rasanya
ramai skit orang dalam bot tu...


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi