Wednesday 11 September 2013

Semangat Down ~ Umairah

kesian anak ibu
skang nie umairah takder semangat nak pergi ke nursery
nak berkawan pun taknak
duduk sahaja dalam rumah tengok kartun
rasa bersalah laks

citernya begini
hari isnin lepas bawak umairah pergi kedai gunting rambut
keluar rumah pun dah pukul 9 lebih
banyak salon yang ada sekitar rumah dah tutup
tinggal kedai gunting lelaki jea
pergi jugak lah tanya dulu brother tu boleh gunting  rambut budak perempuan tak
brother tu cakap nak potong macam mana
aku cakap la memang potong pendek ~ Boo Cut
terus brother tu cakap boleh ~ lega di situ

memang rambut umairah di potong pendek
sebabnya ada KUTU
emmmm dapatnya dari nuesery
biasanya aku akan letak shampoo kutu jea
tapi kali nie tak boleh nak selamatkan lagi
sebab telor kutu banyak sangat pada helaian rambut
jadi nak tarik satu-satu telor tu memang tak dapat
nanti belum habis tarik telor dah menetas kutu
oh! tidak...
tu yang aku decide potong pendek terus...

--sebelum di potong pendek--
rambut umairah jenis yang lembut dan lurus jea
buatlah kusut masai pun tetap rambut umairah akan lurus semula
macam iklan shampoo laks

--nie masa umairah dipotong rambutnya--
oleh brother tau
memula ok jea

--balik rumah pun ok jea lagi--
sebab di rumah masa tu ada kami berdua jea
tapi bila balik p.cik-p.ciknya terus umairah sedih
mulut p.ciknya macam mulut puaka

cakap umairah macam budak LELAKI
umairah dah tak comel lagi
teruslah umairah sedih

pagi semalam hantar umairah pergi ke nursery
umairah taknak masuk ke dalam rumah
siap tutup muka lagi
aku minta teacher Miza
puji umairah cantik walaupun rambut pendek
emmmm kesian anak ibu

dalam perjalanan  ke ofis
call mr.hubby tentang umairah
mr.hubby cakap 
1)kena selalu puji umairah cantik
2)kena print gambar budak-budak yang cantik berambut pendek
3)kena beli clip rambut ataupun cekak untuk bagi umairah pakai

skang nie ketiga2nya aku buat
ialah nak bagi anak bersemangat semula kena take time kan
jadi pagi nie aku pakaikan umairah minyak rambut Johnson
dan pakai klip rambut
dan puji kakak cantik hari nie
tapi si adik la
asyik la gelakkan si kakak
emmmm mulut si umar nie susah skit nak kunci 
walaupun dah cakap banyak kali si kakak cantik

--gaya umairah pagi nie--
pakaikan klip rambut
semangat semakin ok
hantar ke nusery tadi pun dah ok

hah auntie-auntie semua
macam mana saya cantik tak...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

9 comments:

  1. memang cantik umairah...nampak comei n ranggi...lama2 nanti dia biasa la kan..

    ReplyDelete
  2. umairah tetap cantik dan comel ;)

    ReplyDelete
  3. alor sian umairah..
    umairah cantik sgt tau..bila umairah rambut pendek lagi cute..

    ReplyDelete
  4. haih~ comel ape rambut pendek~
    pandai jer kata x comel yer~
    lepas nih suh ibu beli cekak rambut yang pinky2 tuh.. lagiiiii comel~

    ReplyDelete
  5. rambut pendek senang nak urus...ya pun sejak sara sekolah panjang sikit je gunting....

    ReplyDelete
  6. Cantik sayang...rambut pendek pon cantik senang nak urus, takyah risau2 nak sikat rambut. Kalau basuh rambut pon senang nak kering. Tapi anak sapa le kat nursery tu yg bawak kutu. Rata2 saya baca yg hntr anak kat nursery mesti kena jangkit kutu. Camne tu. Sian bebudak dah zaman moden pon kena kutu lagi nursery pon patut buat check selalu punca dari siap, bantal tilam kena la basuh jemur selalu. Berkuap berkepam pon punca juga. Hope lepas rambut pendek umairah takde kutu dah, biar tambah comel. Hehehehe...eh, coconut shake klebang tu mmg bestlah. Teringin jugaklah camni.

    ReplyDelete
  7. comel umairah, tak apa tak lama lagi sekejap jer panjanglah rambut tu...

    ReplyDelete
  8. Comel jer Umairah berambut Yenki! Beli hairband yang cute2 skali.. Cute gitu.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  9. eh.. lain pulak muka dia bila dah potong rambut yea..?

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi