Tuesday 6 August 2013

2nd Time ber"Iftar" di rumah MIL

ahad lepas sempat berbuka di rumah MIL
nie adalah kali ke dua kami sempat berbuka di rumah MIL
kali nie tak dapat nak tidor lagi
balik hari macam last week jugak
kesian mr.hubby untuk bulan nie memang tiap-tiap minggu kena bekerja
sebagai isteri kena faham jugak dengan keadaan suami
tak boleh nak mendesak sangat
perlu lebih prihatin, lebih memahami dan memupuk saling percaya mempercayai
itu adalah tiang seri setelah memasuki alam berumatngga

memandangkan hari ahad pagi tu
aku masih lagi sibuk membuat tart nenas
memang tak sempat nak memasak untuk balik ke kampung
dalam kereta pun aku dan anak-anak melelapkan mata
memang tak sedar apa
kesian mr.hubby drive sesorang

singgah dahulu ke rumah p.cik mr.hubby
sebab nak menunaikan bayar zakat
mr.hubby bayar zakat menggunakan beras :)
selesai sudah urusan zakat yang wajib seorang suami lakukan
Alhamdulillah

sebelum sampai rumah ajak mr.hubby singgah dahulu ke bazar ramadhan Sijangkang
nie adalah kali ke dua aku jejak kaki ke bazar ramadhan
rasa teruja jugak..macam-macam nak beli
tapi control-control ~ kawal nafsu tu :p

--bazar ramdhan di Sijangkang memang meriah--
macam-macam lauk pauk orang Jawa ada di jual di sini
Nasi Ambeng ~ nyum nyum nyum sedapnya

--umar memang ginilah peelnya--
lebih suka berdukung dari nak berjalan sendiri
mr.hubby dukung memang larat lah
kalau aku yang kena dukung si bam bam nie memang boleh patah pinggang aku
tak terlarat badan aku nak mendukung si umar nie

--ayam tempayan--

--dalam tempayan ada bara api--
kami belah sekor ~ RM19.00
sebelah minta perasa black pepper
sebelah lagi minta perasa berempah

sedap jugak..lembut jea isinya


--umar yang takder mood--
biasalah bila budak kena paksa bangun dari tidor
memang meragam jea lah

--umairah pun mood ke laut--
masing-masing kena paksa bangun dari tidor
semata-mata nak pergi bazar ramadhan :)

takkan nak tinggalkan anak dalam kereta kan
hishhhhhh buat pasal jea nanti

--kebetulan masa kami sampai tu--
AJK tengah mengagihkan dodol
sedap dodolnya
lembik-lembik gitu

--belum masuk azan lagi--
tapi umar sudah makan dahulu
cian lapar betul 
habis 4 ketul chicken wings
dengan seketul paha ayam
emmmmm lapar betul si bam bam nie...

In Sya Allah malam raya akan balik sekejap ke Sijangkang
sebelum esoknya raya pertama akan balik ke Melaka...
tak sabarnya nak balik kampung...

tekak teringin sangat nak makan rendang kerbau dengan rendang itik
nyum nyum nyum sedapnya :)
korang makan tak rendang nie?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

7 comments:

  1. umar mintak dukung sebab panjang tu bazar ramadhan tu, penat nak berjalan tu...

    ReplyDelete
  2. xpernah lagi makan rendang itik tu...rendang kerbau pun tak pernah tengok dan rasa..
    sedap ker
    orang kata isi itik tu macam makan ayam kampung,,

    ReplyDelete
  3. umar mintak perhatian tu..sy x pernah makan rendang itik tu..sedap ke

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut lebaran mohon maaf zahir dan batin . Sijangkang mmg tempat jawa . rendang itik pernah buat sbb bonda ada pelihara itik ...

    ReplyDelete
  5. fifi 'ngidam' rendang kerag.. da dapat da.. alhamdulillah.. hahaha..

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi