Friday 26 April 2013

Warisan Rimba ~ Chalet dan Kemudahan

last entry mengenai Warisan Rimba
entry nie lebih kepada menjawab persoalan teman-teman blogger
mengenai Warisan Rimba
jadi senang terus jawab dalam satu entry eheh
mudah-mudahan jawapan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang malu untuk bertanya

kalau korang berminat untuk bermalam di sini
dinasihatkan supaya fikir banyak kali
kalau korang memang yang jenis tak kesah
dan sudah biasa tinggal di kampung mungkin korang tiada masalah untuk bermalam di situ

biliknya memang kecil
hanya disediakan katil bujang
dinasihatkan untuk bawak toto..selimut..bantal untuk keselesaan diri sendiri
untuk yang tak tahan dengan gigitan nyamuk sila bawak ubat nyamuk sekali

di sini tiada bilik air dan toilet dalam bilik
korang kena bersedia untuk menggunakan bilik air dan toilet di luar dan perlu berkongsi dengan orang lain
tahap kebersihan memang ok
tak kotor dan memang terjaga kebersihannya

pemilik tempat ada menerima khidmat menerima tempahan masakan
jadi korang boleh terus order dengan owner untuk makanan
untuk sarapan aku memang minta kak Elly masakkan
order bee hun goreng dan sejag air teh susu ~ untuk makan 6 orang

harga chalet untuk bermalam ialah RM80.00
harga chalet untuk tukar pakaian dan letak barang ialah RM50.00


Nafira :
bestnyeeee!! BBQ tepi sungai.. layan habes~
ade kedai makan tak kat sana?? periuk letrik tuh bawa siap2 ke?
memang ada kedai makan disediakan
owner ada menyediakan pelbagai masakan mengikut apa yang kita nak makan
lepas makan bayar..
memang aku ada bawak periuk nasi dan kettle
sebab memang tahu di sini tidak disediakan kemudahan tersebut

Bruder Michael
where is this nice place?
tempat nie di belakang Zoo Negara, Kemensah Ulu klang

Fifi Nadharh
ade chalet ke ena? kalau ade lagi best kan..
memang ada fifi..untuk bermalam harganya RM80.00
untuk mandi sahaja tapi tetap kena amik chalet harganya RM50.00
kalau biasa duduk kampung chalet dia memang macam tu la
just basic jea

Jebateja
mcm ne plak pasal makan.....best aa info ni...den suka......
pasal makanan sama ada nak bawak sendiri
ataupun boleh jea beli dari kedai pemilik tempat
semuanya ada

Cik Tia
sesuai untuk honeymoon tak kak? hehe .. betul lah akak cakap. sekali sekala cerita pasal tempat percutian pun boleh bagi manfaat dekat orang lain.
hehehehehe suka ngan soalan nie
rasanya tidak sesuai utk honeymoon la sayang
tempat nie untuk bermandi manda jea
keadaan chaletnya macam tak sesuai untuk berhoneymoon jea eheh
datang untuk mandi jea ok jea

terjawab sudah semua soalan eheh
harap bagi manfaat pada yang bertanya dan meraka yang malu nak bertanya


--chalet tempat bermalam--
kecik jea biliknya

--pintu masuk ke chalet kami--

--hanya ada katil bujang dan bantal--

--ada chalet dua tingkat--
kalau datang ramai-ramai elok amil chalet nie
lagi plak mengadap kolam
terus jea terjun tiruk keluar dari bilik hiks

--tempat BBQ yang bersih--

--toilet dan bilik air di luar--
nak basuh pinggan mangkkuk pun sinkinya di luar

--surau pun disediakan--
bersih

--ada dewan kalau nak buat khursus di sini--
muat untuk 40 orang

--pemilik ada kedai makannya sendiri--
boleh order makanan dan minuman di sini

kalau korang berminat nak datang mandi manda di sini
dan berminat nak tidor sekali
korang boleh contact :

Warisan Rimba
kak Elly : 013-337 6934 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi