Tuesday 15 January 2013

Telekung Kanak-Kanak

jalan-jalan cuci mata di Stadium Shah Alam
memang mencari sangat telekung kanak-kanak
nak beli online takut terbesar sangat
cari-cari di kedai takder laks jual telekung kanak-kanak

jadi dikesempatan nie
memang mencari bersunguh-sunguh
finally dapat jugak telekung untuk umairah
beli size S harga pun hanya RM25.00 sahaja
harga berpatutan jugak
bab yang ini aku memang takkan tawar menawar
korang fahamkan maksud aku

kesian pada umairah
sebab kalau di rumah kalau tiba angin dia nak ikut solat berjemaah dengan kami
aku akan pakaikan telekung aku pada umairah
siap pakaikan keronsang lagi ialah besar sangat kan
tu yang aku beriya sangat nak mencari telekung
kalau balik ke Sijangkang lagi kesian
kakak-kakak sepupunya solat berjemaah umairah akan pakai telekung orang lain
besar sangat...

skang nie umairah dan umar sudah boleh ikut sekali aku dan sayang solat
anak nak solat sekali baik kita galakkan
tak kesah la sujud tu macam ala-ala buat senaman yoga
asalkan ada kemahuan nak ikut parentsnya

telekung barbie untuk umairah dan pija
kecik jea sizenya
memang sesuai untuk di bawa ke mana-mana

muka suci anak-anak


anak dilahirkan seperti kain putih
kita sebagai ibu dan bapa yang akan mencorakkan pemikiran dan kelakuan anak-anak

semoga aku dan sayang dapat mendidik anak-anak dengan berjaya
di dunia dan di akhirat
Amin



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi